SubkeluargaBovinae terdiri daripada 10 genus mamalia ungulate, termasuklah lembu, kerbau, bison, dan yak, serta antelope bertanduk empat dan bertanduk pintal. Hubungan evolusi sesama anggota masih diperdebatkan, dan pembahagian ahli-ahli kepada puak daripada subkumpulan mencerminkan ketidaktentuan ini. Ciri-ciri umumnya termasuk telapuk berbelah dan sekurang-kurangnya satu jantina tumbuh tanduk betul-betul. Ahli terbesar yang wujud ialah seladang.Di kebanyakan negara, ahli-ahli Bovinae digunakan untuk makanan. Lembu dimakan di mana-mana sahaja kecuali di sesetengah kawasan India dan Nepal di mana lembu dikira suci oleh kebanyakan penganut agama Hindu.