Penentangan terhadap British (1831−1832) Dol Said

Beliau telah menentang pentadbiran British pada tahun 1831−1832.

Mempertahankan kemerdekaan Naning.Mengikut Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda menyerahkan Melaka kepada British dan British mendakwa Naning ialah sebahagian daripada Melaka. Oleh sebab itu, British mengarahkan Naning mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di Melaka. Dol Said dan rakyat Naning enggan menerima dakwaan British tersebut.Menentang bayaran cukai.
  • Melalui Undang-undang 1830, British memaksa Naning membayar satu persepuluh daripada hasil keluaran pertaniannya. Arahan dikeluarkan setelah British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan.
  • Penghulu Dol Said enggan membayar cukai kerana beliau menganggap Naning sebagai sebuah daerah yang berdaulat.
Menentang pelaksanaan undang-undang British.
  • British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said. Peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes jenayah.
  • Pada tahun 1828, British memberi amaran kepada Dol Said kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning sendirian. Beliau juga diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British.

Kisah perjuangan beliau berlangsung selama setahun sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat dua peperangan yang berlaku dalam tempoh berkenaan, iaitu Perang 15 Julai 1831 dan Perang Mac 1832.

Perang 15 Julai 1831

  • British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka.
  • Kapten Wyllie dihantar mengetuai 150 orang sepoi untuk menyerang Naning.
  • Namun, Dol Said berjaya menewaskan British kerana:

Perang Mac 1832

  • British berunding dengan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untuk membantu British.
  • Pasukan tentera British dipimpin oleh Kolonel Herbert berjaya menawan Taboh dan rumah-rumah penduduk Naning dibakar.
  • Dol Said menyerah diri kepada pihak British. Peristiwa inilah pengakhiran kebangkitan Dol Said.