FIFA Ballon d'Or (Sebutan bahasa Perancis:
[balɔ̃ dɔʁ], "Bola Emas") merupakan anugerah tahunan bola sepak yang diberikan kepada pemain bola sepak lelaki terbaik dunia yang diadakan di antara tahun 2010 hingga 2015. Dianugerahkan oleh
FIFA dan
France Football, anugerah ini merupakan gabungan kepada anugerah
Pemain Terbaik Dunia FIFA dan
Ballon d'Or, dua anugerah tertinggi yang memberi penghormatan kepada individu dalam sukan bola sepak, dengan perjanjian yang dilaporkan dipersetujui sebanyak £13 juta
[1]. Anugerah FIFA Ballon d'Or diberikan berdasarkan kepada undian daripada wartawan antarabangsa, serta kapten dan jurulatih pasukan kebangsaan, yang mengundi calon-calon pemain yang dirasakan telah memberikan prestasi yang sangat mengagumkan untuk tahun sebelumnya.Enam edisi anugerah FIFA Ballon d'Or ini didominasi oleh
Lionel Messi dan
Cristiano Ronaldo. Messi memenangi edisi pertama anugerah ini pada tahun 2010, sebelum mempertahankan anugerah ini pada tahun berikutnya. Ronaldo, yang bermain untuk
Real Madrid, memenangi anugerah ini untuk dua tahun berikutnya. Edisi terakhir FIFA Ballon d'Or dimenangi Messi pada tahun 2015. Selepas itu, kedua-dua badan yang mengendalikan anugerah ini bersetuju untuk menamatkan kerjasama; pada tahun 2016, France Football memperkenalkan kembali Ballon d'Or menggunakan format lama, manakala FIFA pula memperkenalkan anugerah The Best FIFA Men's Player
[2].