Kalendar Cina (
Bahasa Inggeris: Chinese calendar) merupakan
takwim lunisolar, iaitu sama jenis dengan
takwim Ibrani dan
kalendar Hindu, yang menggabungkan unsur
takwim qamari dengan
takwim suria. Di negara
China sekarang,
takwim Gregorius digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda
perayaan orang Cina tradisi seperti
Tahun Baru Cina,
perayaan Duan Wu, dan
Perayaan Kuih Bulan, serta dalam bidang
astrologi, seperti memilih tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru. Oleh sebab setiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan.Di
China, kalendar tradisional ini dikenali sebagai "kalendar pertanian" manakala
kalendar Gregorian dikenali sebagai "kalendar umum" atau "kalendar Barat". Satu lagi nama bagi kalendar Cina ialah "kalendar
Yin" yang dipetik daripada rujukan kepada aspek kitaran bulan kalendar ini, manakala kalendar Gregorian dipanggil "kalendar
Yang" yang merujuk kepada aspek kitaran matahari. Kalendar Cina juga bergelar "kalendar lama" (
Cina Tradisional: 舊曆,
Cina Ringkas: 旧历,
pinyin: jìulì) setelah "kalendar baru" (
Cina Tradisional: 新曆,
Cina Ringkas: 新历,
pinyin: xīnlì), iaitu kalendar Gregorian digunakan sebagai kalendar rasmi. Kalendar tradisi juga merujuk kepada "Kalendar
Xia"; namun, kalendar Xia secara tepatnya tidak merujuk kepada kalendar Cina ini, sebaliknya merujuk kepada satu kalendar yang pernah digunakan oleh kaum Cina sebelum ini.