Katharine_Hepburn
Katharine_Hepburn

Katharine_Hepburn

Katharine Houghton Hepburn (lahir 12 Mei 1907 - meninggal 29 Jun 2003) merupakan seorang pelakon Amerika Syarikat. Terkenal dengan kebebasan garang dan keperibadian bersemangat, Hepburn merupakan pelakon wanita utama di Hollywood selama lebih dari 60 tahun. Beliau lakon dalam pelbagai genre filem termasuklah komedi orang edan ataupun drama sastera. Beliau memecah rekod dengan menerima sejumlah empat Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam kerjayanya. Beliau dinilai sebagai legenda pelakon wanita terhebat Zaman Kegemilangan Hollywood oleh Lembaga Filem Amerika (AFI) pada tahun 1999.Dibesarkan di Connecticut oleh ibu bapa kaya dan progresif, Hepburn mula berlakon ketika belajar di Kolej Bryn Mawr. Selepas empat tahun menumpu dalam teater, ulasan tentang kerja Broadway beliau yang menggalakkan lalu menyebabkannya didapati oleh Hollywood. Tahun-tahun awalnya dalam industri filem ditandai dengan kejayaan, masa ini beliau menerima Anugerah Akademi pertama untuk filem ketiganya Morning Glory (1933). Namun filem-filem seterusnya gagal secara komersial dan beliau telah dinamakan 'racun filem laris' pada tahun 1938. Hepburn kemudian merancang kekembalian semulanya dengan membeli keluar kontraknya dari RKO Pictures dan membeli hak cipta filem bagi skrip The Philadelphia Story (1939), di mana beliau menjual dengan syarat bahawa beliau menjadi pelakon utama. Beliau dikontrakkan kepada Metro-Goldwyn-Mayer pada 1940-an, di mana kerjayanya kemudian fokus dengan kolaborasi bersama pelakon Spencer Tracy. Kolaborasi mereka ini merentangi 25 tahun dalam sembilan filem.Dalam kehidupan separuh akhir beliau, Hepburn kerap berlakon dalam produksi-produksi pentas Shakespeare untuk mencabar diri dan menangani pelbagai peranan sastera. Beliau mendapati watak selesanya dengan berlakon sebagai wanita bujang yang berpetengahan umur dalam filem-filem seperti The African Queen (1951), di mana persona wataknya mendapat pelukan ramai. Lakonan beliau dalam tiga filem seterusnya: Guess Who's Coming to Dinner (1967), The Lion in Winter (1968) dan On Golden Pond (1981) telah memberikannya tiga lagi Anugerah Akademi. Pada tahun 1970-an, beliau lakon dalam filem-filem televisyen yang menjadi tumpuan kerjayanya dalam kehidupan nanti. Beliau kekal aktif walaupun berusia dan membuat penampilan skrin terakhirnya pada tahun 1994, ketika berusia 87. Pada tahun 2003, selepas satu tempoh masa yang tidak berlakon dan kurang sihat, Hepburn meninggal dunia pada usia 96.Hepburn terkenali dengan selalu menjauhi dirinya dari publisiti Hollywood dan enggan menepati jangkaan masyarakat terhadap wanita masa itu. Beliau seorang yang terus terang, tegas, berbadan kuat dan memakai seluar sebelum ia ditanda bergaya bagi wanita memakai. Beliau pernah kahwin sekali ketika berusia muda, tapi selepas itu hidup berpersendirian. Hubungan cintanya dengan Spencer Tracy disembunyikan dari publisiti selama 26 tahun. Dengan gaya hidup yang tidak konvensional dan watak-watak bebas yang ditampil di skrin, Hepburn melambangkan ciri "wanita moden" Amerika Syarikat abad ke-20 dan kini diingati sebagai tokoh budaya penting.

Katharine_Hepburn

Pekerjaan Pelakon
Pasangan Spencer Tracy
(1941 – 1967; kematian Tracy)
Tahun aktif 1928 - 1994
Meninggal dunia 29 Jun 2003 (berumur 96)
Fenwick, Connecticut, Amerika Syarikat
Kelahiran Katharine Houghton Hepburn
12 Mei 1907
Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat
Pusat pendidikan Kolej Bryn Mawr

Rujukan

WikiPedia: Katharine_Hepburn http://ibdb.com/person.php?id=%7B%7B%7Bid%7D%7D%7D http://www.imdb.com/name/nm0000031/ http://www.imdb.com/name/nm0000031/?nmdp=1& http://www.imdb.com/name/nm0000031/?nmdp=1&#self_m... http://articles.latimes.com/2003/jul/01/entertainm... http://movies.nytimes.com/movie/review?res=9801E7D... http://topics.nytimes.com/top/reference/timestopic... http://www.playbillvault.com/Person/Detail/46961/K... http://tcmdb.com/participant/participant.jsp?parti... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,8...