Stesen televisyen ialah sejenis stesen penyiaran yang
menyiarkan kedua-dua
audio dan
video sekaligus ke
penerima televisyen di suatu kawasan tertentu. Asalnya, stesen TV bersiaran dengan menghantar isyarat radio yang dikodkan khas ke udara, dipanggil
televisyen terestrial. Sesebuah stesen televisyen lazimnya dikurniakan
lesen oleh
badan kerajaan untuk menggunakan sebahagian
spektrum radio tertentu (iaitu
saluran) untuk menyalurkan isyaratnya. Sesetengah stesen menggunakan
penterjemah penyiaran LPTV untuk
menancarkan atau
menyiarkan semula isyaratnya ke kawasan lebih jauh. Stesen televisyen merupakan satu bentuk
saluran televisyen, tetapi bukan semua saluran televisyen adalah stesen juga.Kebanyakan stesen
televisyen kini menjalani proses penukaran dari
analog (
NTSC,
PAL, atau
SECAM) ke
digital (
ATSC,
DVB, atau
ISDB).Di negara-negara besar seperti
Amerika Syarikat, stesen TV biasanya cuma mempunyai satu unit
pemancar (atau dua, jika stesen itu menyiarkan isyarat
digital di samping isyarat analog biasanya); kebanyakan stesen-stesen ini adalah berdikari atau bergabung dengan
rangkaian televisyen seperti
ABC,
CBS,
Fox, atau
NBC. Di negara-negara lain pula, stesen TV sering disamakan dengan rangkaian televisyen seluruh negara yang menyalurkan seluruh atau kebanyakan besar
rancangan televisyen kepada stesen-stesen. Di negara-negara ini, isyarat-isyarat yang dipancarkan di tempat-tempat berbeza selalunya tidak menunjukkan ciri-ciri individu yang ketara di mata orang awam (kecuali sesebuah rangkaian itu menampakkan
variasi setempat yang disiarkan dari beberapa pemancar yang berlainan) jadi dari sudut pandangan penonton, tiadanya kelainan yang nyata antara rangkaian dan stesen.