Syarikat liabiliti terhad (limited liability company, LLC), di dalam hal ehwal perniagaan Amerika Syarikat, adalah sebuah perusahaan fleksibel yang mengadun unsur perkongsian dan struktur korporat. Entiti ini merupakan bentuk undang-undang syarikat yang memberikan liabiliti terhad kepada pemiliknya dalam kebanyakan bidang kuasa di Amerika Syarikat.