&TEAM

&TEAM (dibaca sebagai And Team) adalah suatu kumpulan muzik lelaki Jepun yang dibentuk oleh syarikat Hybe Label Jepun,[1] dan mereka terdiri daripada sembilan orang anggota.[2] Kumpulan muzik ini dibentuk melalui program realiti penakatan &Audition – The Howling – sebagai kumpulan pertama daripada syarikat itu.Mereka membuat prapelancaran melalui single "Under the Skin" (Di Bawah Kulit) pada 22 November 2022,[3] dan mereka secara rasminya membuat penampilan sulung melalui album mini First Howling: ME pada 7 Disember 2022.[4][5]