Etimologi -logi

Perkataan ologi merupakan bahagian belakang kepada nama bidang. "-logi" lazimnya bermaksud "kajian tentang ____". Perkataan ini berasal dari Yunani atau Latin dengan terminal -logi terbit dari akhiran Yunani -λογια (-logia), percakapan, iaitu dari λεγειν (legein), bercakap. Perkataan ologi sering disalahfaham kerana 'o' sebenarnya adalah sebahagian dari perkataan asal yang menerima pengakhiran -logi. Sebagai contoh, bio sebahagian dari biologi berasal dari perkataan Yunani βιος (bios), kehidupan. Sebab itulah mengapa sesetengah perkataan tidak berakhir dengan -ologi (seperti mineralogi).