...Baby_One_More_Time_(album)

... Baby One More Time merupakan album studio debut oleh penyanyi pop Amerika Britney Spears. Ia dilancarkan pada 12 Januari 1999 menerusi Jive Records. Pada bulan Jun 1997, ketika Spears berunding dengan pengurusnya semasa itu, Lou Pearlman, untuk bergabung dengan kumpulan pop wanita Innosense, ibunya, Lynne Spears, telah meminta pandangan teman keluarga dan peguam hiburan, Larry Rudolph. Rudolph kemudiannya memutuskan untuk mengesyorkan Spears ke beberapa syarikat rakaman. Beliau kemudiannya menghantar rakaman nyanyian lagu Whitney Houston oleh Spears bersama dengan pita demo lagu yang tidak digunakan dari Toni Braxton. Jive Records kemudiannya berminat dan mengambil Spears untuk menjadi artis rakaman mereka dan meletakkan Spears untuk berkerja bersama produser Eric Foster White. Selepas mendengar bahan yang dirakam, Jive menandatangani Spears untuk perjanjian beberapa buah album.

Rujukan

WikiPedia: ...Baby_One_More_Time_(album) http://austriancharts.at/1999_album.asp http://austriancharts.at/showitem.asp?interpret=Br... http://aria.com.au/pages/aria-charts-end-of-year-c... http://www.aria.com.au/pages/aria-charts-end-of-ye... http://www.ultratop.be/fr/annual.asp?year=1999&cat... http://www.ultratop.be/fr/annual.asp?year=2000&cat... http://www.ultratop.be/fr/showitem.asp?interpret=B... http://www.ultratop.be/nl/annual.asp?year=2000&cat... http://www.ultratop.be/nl/showitem.asp?interpret=B... http://www.collectionscanada.gc.ca/rpm/028020-119....