.my

.my merupakan kod negara domain peringkat tinggi Internet (ccTLD) untuk Malaysia. Ia merupakan skim alamat Internet yang diperuntukkan bagi Malaysia sama seperti .uk untuk United Kingdom dan .th untuk Thailand.Pendaftaran merupakan tingkat ketiga di bawah nama peringkat kedua .com.my, .net.my, .org.my, .gov.my, .edu.my, .mil.my dan .name.my. Subdomain ".name.my" adalah khas untuk domain persendirian individu, manakala pendaftaran untuk subdomain lain hanya terbuka kepada syarikat dan pertubuhan..my dianggap sebagai sumber negara Malaysia dan peraturannya disediakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. MyNIC diberi tugas mentadbir ruang nama .my.

.my

Status Aktif
Struktur Pendaftaran boleh dilakukan di peringkat ketiga di bawah beberapa label peringkat kedua
Pendaftaran Malaysia Network Information Centre (MYNIC)
Diperkenalkan 1987
Dokumen Registration; FAQs; Perjanjian pendaftaran nama domain
Kegunaan sebenar Popular di Malaysia
Sekatan pendaftaran Kehadiran Malaysia diperlukan; pelbagai sekatan khusus untuk subdomain yang berbeza
Dasar pertikaian Dasar Penyelesaian Pertikaian
Jenis TLD domain peringkat tinggi
Laman web MYNIC
Penaja MIMOS Berhad
Kegunaan Entiti yang mempunyai hubungan dengan  Malaysia