10_Downing_Street
10_Downing_Street

10_Downing_Street

10 Downing Street, dikenali juga di kalangan masyarakat tempatan sebagai Number 10, adalah ibu pejabat Kerajaan United Kingdom serta kediaman dan pejabat rasmi bagi Tuan Perbendaharaan Pertama negara tersebut (yang turut dipegang oleh Perdana Menteri sejak tahun 1905).Bangunan yang terletak di Downing Street, Kota Westminster, London ini berusia lebih 300 tahun dan mengandungi kira-kira 100 buah bilik. Kediaman peribadi menduduki lantai ketiga dan ada dapur di ruang bawah tanah. Tingkat-tingkat yang lain mempunyai pejabat dan bilik-bilik bagi fungsi persidangan, penerimaan, duduk dan makan di mana Perdana Menteri melakukan kerja-kerjanya, dan di mana para menteri kerajaan serta pemimpin-pemimpin negara dan orang kenamaan asing akan dilayan. Di belakang bangunan pula adalah halaman dalaman serta teres yang menghadap ke taman seluas 0.5 ekar (2,000 meter persegi). Bangunan ini terletak bersebelahan Taman St James di mana ia berdekatan dengan Istana Buckingham yang merupakan kediaman rasmi Raja atau Ratu Britain di London serta Istana Westminster, tempat perjumpaan ahli kedua-dua dewan Parlimen British.Bangunan ini juga seringkali menjadi tempat berkumpul para penunjuk perasaan kerana fungsinya sebagai simbol kerajaan British. Emmeline Pankhurst dan rakan-rakan seperjuangannya yang lain dari gerakan suffragette menyerbu Downing Street dalam tahun 1908;[1] terdapat juga perarakan membantah Perang Vietnam hadir di sana pada tahun 1960-an, serta juga kegiatan yang sama ketika -Perang Iraq dan Afghanistan pada tahun 2000-an. Bangunan Nombor 10 juga turut menjadi persinggahan wajib para pelancong yang bersiar-siar di London, biasanya sebagai tempat bergambar.

10_Downing_Street

Koordinat 51°30′12″N 0°07′40″W / 51.503396°N 0.127640°W / 51.503396; -0.127640Koordinat: 51°30′12″N 0°07′40″W / 51.503396°N 0.127640°W / 51.503396; -0.127640
Disiapkan pada 1684; 333 tahun dahulu
Bandar atau pekan Kota Westminster
London, SW1
Pembinaan bermula 1682; 338 tahun yang lalu (1682)
Penyewa semasa
Negara United Kingdom
Arkitek Kenton Couse
Gaya seni bina Georgian

Rujukan

WikiPedia: 10_Downing_Street //en.wikipedia.org/wiki/Hatfield_House //en.wikipedia.org/wiki/Lord_Salisbury //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=1... http://www.british-history.ac.uk/image.aspx?compid... http://www.british-history.ac.uk/report.aspx?compi... http://www.british-history.ac.uk/report.aspx?compi... http://www.british-history.ac.uk/report.aspx?compi... http://www.british-history.ac.uk/report.aspx?compi... http://www.number10.gov.uk/ http://www.number10.gov.uk/history-and-tour/histor...