15Malaysia

15Malaysia ialah projek filem pendek yang dilancarkan sempena Hari Kemerdekaan pada tahun 2009. Sebanyak 15 video yang dihasilkan oleh 15 orang sutradara baik yang ternama mahupun tidak di Malaysia untuk dipaparkan dalam inisiatif yang diterbit oleh Pete Teo dengan kerjasama Packet One Networks (P1), syarikat penyedia perkhidmatan WiMAX pertama di Malaysia.Video-video yang ditampilkan oleh projek 15Malaysia bukan sahaja dibintangi oleh pelakon dan artis terkemuka, bahkan juga disertai ahli politik termasuk Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Khairy Jamaluddin, di samping juga warga biasa.

Berkaitan