Dekad 1910-an merupakan tahun-tahun dari
1910 hingga
1919, iaitu antara 19 Zulhijah 1327 hingga 8 Rabiulakhir 1338. Tempoh ini juga merupakan kemuncak
ketenteraan Eropah yang bermula pada separuh kedua
abad ke-19. Gaya hidup yang konservatif pada separuh pertama serta warisan perikatan tentera telah digantikan selama-lamanya dengan pembunuhan waris
raja Austria,
Archduke Franz Ferdinand, pada
28 Jun 1914. Pembunuhan itu mencetuskan rangkaian peristiwa yang menyebabkan peperangan dalam tempoh 30 hari di Eropah dan kawasan-kawasan lain. Konflik yang berpanjangan akan tamat hanya pada November
1918 dengan
Persetiaan Versailles yang menimbulkan perbalahan.
Perang Dunia I — juga digelarkan sebagai "Perang Agung" — telah dikatakan sebagai konflik yang meluas dan termahal dalam sejarah (pada masa itu), dan meninggalkan warisan yang abadi semasa dekad-dekad yang berikutan. Peperangan itu juga diingati kerana ia menyebabkan kejatuhan empayar-
empayar dan
pemerintahan beraja yang lama. Keluarga
Habsburg serta
Wilhelm II dari negara
Jerman di
buang negeri selepas tahun 1918, sedangkan
Tsar Nicholas II dari
Rusia dan keluarganya dihukum mati oleh
revolusioner Rusia.Dekad ini juga digambarkan sebagai tempoh revolusi di banyak negara.
Mexico menjadi penganjur dalam arah aliran ini pada November 1910 ketika
diktator Porfirio Diaz disingkir dengan akibat
perang saudara yang berlanjutan sehingga hampir 1919. Rusia mengalami keadaan yang serupa kerana Perang Agung telah menyebabkan keruntuhan semangat serta keadaan
ekonomi yang kelam-kabut. Suasana seumpama ini telah menggalakkan pengasasan
Bolshevisme yang kemudiannya dinamakan sebagai "
Komunisme".