1957:_Hati_Malaya
1957:_Hati_Malaya

1957:_Hati_Malaya

1957: Hati Malaya ialah sebuah filem buatan Malaysia terbitan Pesona Pictures Sdn. Bhd. yang bertemakan anak-anak muda menghayati sejarah negara dan erti kemerdekaan dan semangat nasionalisme. Filem yang mendapat kerjasama Kementerian Kebudayan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Digi ini telah membuat tayangan perdananya di Cathay Cineplex, Damansara, pada 4 September 2007 dan ditonton oleh 1,500 pengguna telekomunikasi Digi di enam pawagam, sebagai hadiah daripada DiGi Telecommunications Sdn. Bhd., sempena sambutan merdeka.Promosi filem ini juga giat berjalan sejak sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50 dengan tayangan treler dan lagu tema di kaca televisyen. Lagu tema yang bertajuk "Hati" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza yang dicipta oleh Sharon Paul, lirik yang ditulis sendiri oleh Shuhaimi Baba turut mendapat sambutan menggalakkan.

Rujukan

WikiPedia: 1957:_Hati_Malaya //scholar.google.com/scholar?q=%221957:+Hati+Malay... //www.google.com/search?&q=%221957:+Hati+Malaya%22... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%221957:... //www.google.com/search?q=%221957:+Hati+Malaya%22&... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%221957:+Hati+... http://www.youtube.com/watch?v=G53ETWOrZaw http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mo... http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2...