1_Utama
1_Utama

1_Utama

1 Utama atau secara tidak rasminya One Utama ialah pusat membeli-belah terkenal di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. 1 Utama dibangunkan dan dikendali oleh Bandar Utama City Centre Sdn Bhd. 1 Utama merupakan pusat beli-belah terbesar di Malaysia dan ke-7 terbesar di dunia pada 2018. Keluasan binaan kasarnya berjumlah 5 juta kaki persegi (465,000 m²) [1]. Sambungan baru pusat ini (dikenali ramai sebagai 'New Wing' iaitu bangunan baru) dibuka pada Disember 2003[1] dan dirasmikan oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj pada 2 April 2004.[2][3]

1_Utama

Pemilik Bandar Utama City Centre Sdn Bhd
Bil. gedung dan perkhidmatan 600+
Bil. penyewa utama 3
Tarikh pembukaan 19 Ogos 1995
Pemaju Bandar Utama City Centre Sdn Bhd
Lokasi Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Bil. tingkat 6
Keluasan lantai peruncitan 465,000 m²