8 Januari - Satu cubaan pembunuhan presiden MaldivesMaumoon Abdul Gayoom terhalang selepas seorang pengakap merebut pisau penyerang tersebut. Penyerang itu kemudian berjaya ditangkap polis.
Gambar foto pertama "bahagian tidak pernah dilihat" Utarid yang diambil MESSENGER
12 Januari - Sebuah helikopter Mil Mi-17 milik tentera Macedonia terhempas dalam kabus tebal di tenggara Skopje, mengorbankan kesemua 11 anggota tentera di dalamnya.
25 Januari - Ribut salji terburuk China sejak 1954 mengorbankan 133 orang, dan menyebabkan bocoran kuasa meluas di bahagian tengah dan selatan negara itu.