Integer,
alamat ingatan, dan unit
data 36-bit yang lain dalam bidang
seni bina komputer ialah unsur yang tidak melebihi 36
bit (6 aksara) lebarnya.
Seni bina unit pemprosesan pusat (CPU) dan
unit logik aritmetik (ALU) 36-bit juga merupakan seni bina yang bersandarkan
pendaftar,
bas alamat, atau
bas data dengan saiz itu.
Banyak komputer awal yang menyasarkan pasaran saintifik mempunyai
panjang kata 36-
bit. Kepanjangan kata itu mencukupi untuk mewakili integer positif dan integer negatif sehingga kepersisan sepuluh digit perpuluhan (dengan 35 bit merupakan minimum). Ini juga membolehkan penyimpanan enam abjad angka yang dikodkan dalam
pengekodan aksara 6-bit. Sebelum pengenalan
komputer, tahap pencapaian kepersisan pengiraan saintifik dan
kejuruteraan ialalh
alat kira mekanik 10 digit dikuasai elektrik, seperti yang dikeluarkan oleh
Friden,
Marchant, dan
Monroe. Alat kira itu mempunyai satu lajur kekunci bagi setiap digit, dengan pengguna dilatih untuk menggunakan kesemua jari mereka sewaktu memasukkan nombor. Justera, sepuluh ialah had yang praktikal, walaupun sesetengah alat kira khusus juga mempunyai lebih banyak lajur. Komputer, sebagai pesaing baharu, perlu menandingi kepersisan tersebut. Komputer perpuluhan yang dijual pada zamanitu, misalnya
IBM 650 dan
IBM 7070, mempunyai kata 10 digit panjangnya, sebagaimana juga dengan
ENIAC, salah satu komputer yang terawal.Komputer yang memiliki kata 36-bit termasuk siri:Alat yang lebih kecil seperti
PDP-1/
9/
15 mempergunakan kata
18-bit, dengan kata ganda dua menjadi 36 bit.
EDSAC juga menggunakan skema yang serupa. Oleh sebab komputer-komputer itu menggunakan
pengalamatan kata 18-bit, bukan
pengalamatan bait, namun ia memberikan
ruang alamat sebanyak 218 kata 36-bit, iaitu lebih kurang 1
megabait storan. Kebanyakan komputer itu pada asalnya juga terhad kepada ingatan fizikal yang sama jumlahnya. Seni bina yang dapat kekal kemudian berkembang dengan berlangsungnnya masa untuk menyokong ruang alamat maya yang lebih besar menerusi
pemetakan ingatan atau mekanisme yang lain.Susunan aksara yang biasa termasuk:Aksara diambil daripada kata, baik dengan menggunakan penganjakan piawai dan operasi topeng mahupun dengan menggunakan perkakasan tujuan khas yang menyokong 6-bit, 9-bit, atau aksara panjang boleh ubah. Univac 1100/2200 menggunakan suruhan penentu kata separa atau daftar "J" untuk mencapai aksara. Di samping itu, GE-600 mempergunakan kata khas tak langsung untuk mencapai aksara 6-bit dan aksara 9-bit, manakala PDP-6/10 mempunyai suruhan khas untuk mencapai medan bait panjang sembarangan. Sebaliknya,
bahasa pengaturcaraan C memerlukan semua ingatan dicapai sebagai
bait dan justera itu, semua perlaksanaan C pada mesin 36-bit menggunakan bait 9-bit.Menjelang saat IBM memperkenalkan
System/360, pengiraan saintifik telah beralih kepada
titik apung dan oleh itu,
alat kira mekanik tidak lagi merupakan pesaingnya. Alat-alat kira 360 juga merangkumi suruhan untuk aritmetik perpuluhan panjang boleh ubah bagi penggunaan komersil dan justera itu, amalan menggunakan panjang kata kuasa dua dengan pantasnya menjadi suatu amalan yang sejagat.