8TV
8TV

8TV

8TV merupakan sebuah stesen televisyen swasta terestrial nasional di Malaysia. Ia dilancarkan pada 8 Januari 2004. 8TV ialah milik Media Prima dan merupakan "adik" kepada TV3 dan untuk tidak menjejaskan penonton-penonton TV3, 8TV menyiarkan rancangan-rancangan untuk kumpulan fokus pelanggan yang berbeza iaitu lebih kepada remaja, kanak-kanak, muzik dan juga rancangan bahasa Cina.8TV diketuai Ahmad Izham Omar. Pengarah Operasi Rangkaiannya pula ialah Paul Moss, seorang eksekutif rakaman yang juga merupakan pengadil dalam Malaysian Idol dan One in a Million.8TV dipancarkan melalui UHF. Di Lembah Klang, saluran UHF ialah 27. Selain itu, 8TV juga didapati melalui saluran 708 (sebelumnya di saluran 18) di Astro dan saluran 108 di TM HyppTV dan juga terdapat dalam siaran percubaan MYTV Broadcasting di saluran 108 dalam format SD (576i).Mulai 1 April 2016, terdapat perubahan rancangan di 8TV di mana fokus rancangan Cina juga bertambah. 8TV menyiarkan hampir semua rancangan Cina sepanjang hari pada hari Sabtu hingga Selasa, manakala rancangan Inggeris masih disiarkan selama dua jam pada hari Rabu dan satu jam pada Khamis dan Jumaat. CJ Wow Shop yang disiarkan pada awal pagi selama tiga jam juga mula bersiaran pada hari yang sama, menggantikan segmen siaran serentak Hot FM AM Krew yang telah disiarkan selama hampir sedekad. Disebabkan oleh perubahan ini, rancangan The 8TV Quickie yang juga telah bersiaran selama lebih sedekad ditamatkan siarannya.Mulai 5 Mac 2018, 8TV telah menjadi saluran berbahasa Cina yang tersendiri, rancangan berbahasa Cina (tidak termasuk berita Mandarin dan drama TVB di NTV7) dipindahkan ke saluran ini disebabkan oleh perubahan kandungan siaran NTV7. Bagaimanapun, pada Jun 2018, slot drama TVB di NTV7 juga akan dipindahkan ke 8TV dengan menyiarkannya pada Sabtu dan Ahad pada pukul 7:00 malam, manakala berita Mandarin saluran itu digabungkan kepada satu berita yang bersiaran selama sejam sehingga 1 Januari 2019.

8TV

Dilancarkan 8 Januari 2004; 16 tahun yang lalu (2004-01-08)
Bahasa Mandarin
Kantonis
Hokkien
Thai
Korea
Unifi TV Channel 108 (HD)
Dimiliki oleh Media Prima Berhad
Tonton Watch live
(Malaysia only) (HD)
Format gambar 1080i 16:9 HDTV
(dikecilkan kepada 16:9 576i untuk siaran SDTV)
myFreeview Channel 108
Saluran kembar TV3
ntv7
TV9
UHF Channel 27
NJOI Channel 708
Laman sesawang 8tv.com.my
Astro Channel 708
Kawasan siaran Malaysia
Negara Malaysia
Cogan kata Bahasa Cina: 有8就有Fun
(Fun with 8)