@

Tanda bacaTanda at (@), juga digelar ampersat, apetail, arroba, atmark, simbol at, at komersial atau ekor monyet, secara rasmi merupakan singkatan bagi perakaunan dan istilah invois komersial "pada kadar" (cth., 7 widget @ $2 = $14). Dalam tahun-tahun kebelakangan ini maknanya telah berubah juga bermakna "at" (di, pada), terutamanya dalam alamat e-mel. Semakin hari, @ juga telah digunakan sebagai awalan kepada nama pengguna (cth. @namapengguna) di laman sosial, sama ada hanya sebagai tambahan teks untuk mengarahkan perhatian mereka atau menunjukkan atribusi/pautan,di forum-forum dan sebagainya; atau digunakan agar penghurai tapak akan mengesan dan memberitahu orang yang menggunakan bahawa nama pengguna rujukan, seperti di Twitter dan Facebook (walaupun penghuraian itu kini secara automatik mengesan nama pengguna tanpa simbol tersebut).Syarikat Mesin taip Underwood memasukan simbol ini pada papan kekunci "Underwood No. 5" in 1900, dan ia telah dimasukkan pada mesin taip berikutnya dan papan kunci pengganti mereka.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.