A-level

A-level, singkatan bagi Advanced Level, merupakan kelayakan Sijil Am Pendidikan (General Certificate of Education) di United Kingdom, biasanya diduduki oleh pelajar menjelang dua tahun terakhir pada sekolah menengah (pada Tahun 12 & 13 dan lebih dikenali sebagai Tingkatan 6), atau kolej tingkatan 6 (sixth form college) atau kolej melanjutkan pendidikan (further education college), selepas menduduki peperiksaan IGCSE atau GCSE. Kelayakan peperiksaan tersebut diiktiraf oleh seluruh dunia.Peperiksaan ini tidak wajib kepada semua pelajar di England, Wales, dan Ireland Utara. Di Scotland, pelajar biasanya menduduki peperiksaan Higher dan Advanced Higher bagi Sijil Kelayakan Scotland (Scottish Qualification Certificate). Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah tersebut boleh menawarkan A-level kepada pelajar-pelajarnya.A-levels juga diduduki oleh pelajar-pelajar bagi sesetengah negara Komanwel, seperti Pakistan, Caribbean Komanwel, Cyprus, Hong Kong, Mauritius, Sri Lanka, Singapura, Zimbabwe, Malawi, Malta, Zambia dan Afrika Selatan. Di India, sistem yang sama masih digunakan, walaupun nama bagi peperiksaan adalah tidak sama. Oleh kerana perubahan masing-masing bagi sistem-sistem tersebut, peperiksaan-peperiksaan tersebut adalah berbeza dengan A-levels yang diduduki di United Kingdom tetapi piawainya adalah sama. Walau bagaimanapun, GCE A-levels British adalah diduduki oleh semua pelajar di seluruh dunia kerana banyak sekolah antarabangsa memilih sistem British disebabkan peperiksaan di England adalah diiktiraf oleh seluruh dunia. Selain itu, pelajar boleh memilih untuk menduduki peperiksaan yang disediakan oleh badan peperiksaan British di pusat-pusat pendidikan di seluruh dunia.