A.F.C._Bournemouth
A.F.C._Bournemouth

A.F.C._Bournemouth

A.F.C. Bournemouth ialah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpangkalan di Bournemouth, Dorset dan bermain dalam Liga Perdana Inggeris, peringkat tertinggi bola sepak Inggeris. Stadium kelab secara tradisinya dikenali sebagai Dean Court walaupun dibawah susunan penajaan semasa ia secara rasmi dipanggil Stadium Vitality. Ia telah wujud sejak tahun 1899.Digelar The Cherries, pasukan ini secara tradisinya bermain memakai baju merah dengan lengan putih sehingga tahun 1971, apabila jalur ditukarkan kepada jalur merah dan hitam sama seperti A.C. Milan.[1] Baju kebanyakannya warna merah telah dipilih untuk musim 2004-05 dan 2005-06 sebelum kembali ke jalur lama pada musim 2006–07 atas permintaan penyokong.[2]Selepas berjaya mengelakkan penyingkiran dari Football League pada musim 2008–09, Bournemouth dinaikkan ke League One pada akhir musim 2009–10. Selepas layak ke perlawanan separuh akhir play-off League One pada musim 2010-11, dan berada di pertengahan liga pada musim 2011–12, Bournemouth memenangi promosi ke Championship pada akhir musim 2012–13, meletakkan mereka di dalam liga peringkat kedua hanya buat kali kedua dalam sejarah mereka. Pada musim 2014–15, mereka memenangi kejuaraan Championship dan meraih promosi ke Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam sejarah mereka.[3]

Rujukan

WikiPedia: A.F.C._Bournemouth http://espnfc.com http://www.espnfc.com/english-league-championship/... http://www.skysports.com/story/0,19528,11750_48175... http://web.archive.org/web/20100507170026/http://a... http://buzz.bournemouth.ac.uk/faq-afc-bournemouth/ http://www.afcb.co.uk/club/club-history/ http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/football/teams/b/b... http://archive.bournemouthecho.co.uk/2004/5/5/6740... http://www.bournemouthecho.co.uk/news/12928783.GAL... http://www.bournemouthecho.co.uk/news/4013110.QUIN...