A6M_Zero
A6M_Zero

A6M_Zero

Mitsubishi A6M Zero adalah sebuah pesawat pejuang ringan yang digunakan oleh Perkhidmatan Udara Tentera Laut Imperial Jepun (IJNAS) dari tahun 1940 sehingga 1945. Asal designasi rasminya iaitu huruf "A" merujuk kepada pesawat pejuang dan "6" bagi model keenam yang dibina oleh Mitsubishi ("M"). Biasanya Pihak Bersekutu memanggil pesawat A6M sebagai "Zero" – satu nama yang kadang kala salah dirujuk pada pesawat-pesawat pejuang Jepun yang lain, seperti contoh Nakajima Ki-43 – selain itu nama kod dan panggilan lain juga digunakan, termasuk "Zeke", "Hamp" dan "Hap".