AIM-7_Sparrow
AIM-7_Sparrow

AIM-7_Sparrow

AIM-7 Sparrow adalah sebuah peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana, panduan radar separa aktif yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, selain pelbagai tentera udara dan laut negara sekutu. Sparrow dan terbitannya menjadi sebuah peluru berpandu udara ke udara melangkaui ufuk Barat yang utama pada akhir 1950-an sehingga tahun 1990-an. Ia masih digunakan dalam perkhidmatan walaupun mula dikeluarkan secara berperingkat dalam penerbangan tentera udara bagi memberi lalu kepada peluru berpandu AIM-120 AMRAAM yang lebih canggih. Pasukan bersenjata Jepun masih lagi menggunakan Sparrow, meskipun penggunaannya mula digantikan dengan peluru berpandu Mitsubishi AAM-4.Sparrow digunakan sebagai asas dalam membangunkan peluru berpandu permukaan ke udara, RIM-7 Sea Sparrow yang mana digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat untuk pertahanan udara pada kapal-kapalnya.

AIM-7_Sparrow

Tempat asal Amerika Syarikat
Dihasilkan AIM-7D: 1959
AIM-7F: 1976
AIM-7M: 1982
Sistempemanduan Radar separa aktif
Kelajuan AIM-7A/B: Mach 2.5
AIM-7C/E/F: Mach 4[1]
Aneka Sparrow I: AIM-7A
Sparrow II: AIM-7B
Sparrow III: AIM-7C, AIM-7D, AIM-7E, AIM-7E2/Skyflash/Aspide, AIM-7F, AIM-7M, AIM-7P, RIM-7M
Berat 510 lb (230 kg)
Lebar sayap 2 ka 8 in (0.81 m) (AIM-120A/B)
Warhead Letupan kuat
AIM-7F/M: 88 paun (40 kg)
Panjang 12 ka (3.7 m)
Enjin Motor roket bahan api pepejal Hercules MK-58
Digunakan oleh Amerika Syarikat, Kanada, Korea Selatan, Turki, Jepun, Iran,Israel, Itali, United Kingdom, Arab Saudi, Pakistan, Poland ,Thailand
Kos unit $125,000
Jarakoperasi AIM-7C/D: 32 kilometer (20 mi)
AIM-7E/E2: 45 kilometer (28 mi)
AIM-7F/M: 50 kilometer (31 mi)
Pengeluar Raytheon
Diameter 8 in (200 mm)
Platformpelancaran Pesawat:
Jenis Peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana, panduan radar separa-aktif