AKB48
AKB48

AKB48

AKB48 (dipendekkan daripada akihabara48) merupakan kumpulan idola remaja perempuan Jepun yang diterbitkan oleh Akimoto Yasushi. Kumpulan ini juga merupakan kumpulan pop perempuan terbesar di dunia telah tercatat dalam Rekod Dunia Guinness. Kumpulan ini merupakan kumpulan idola Jepun yang paling popular di Jepun pada masa ini.Penubuhan AKB48 datang daripada idea Akimoto Yasushi. AKB48 membuat konsert sekali-sekala dan kebanyakannya dilihat di televisyen, mempunyai teater sendiri dan melaksanakan persembahan di sana pada setiap hari; peminat sentiasa dapat pergi dan melihat artis-artis idaman mereka secara langsung. Pada masa ini, AKB48 masih melakukan persembahan di teater pada setiap hari. Walau bagaimanapun, kerana permintaan yang besar, tiket hanya diedarkan melalui loteri.