AV-8_Harrier_II
AV-8_Harrier_II

AV-8_Harrier_II

McDonnell Douglas AV-8B Harrier II merupakan keluarga generasi kedua pesawat jet V/STOL pelbagai peranan pada akhir kurun ke-20. Firma British Aerospace bergabung kembali ke dalam projek ini pada awal 1980-an, dan telah diuruskan oleh Boeing/BAE Systems sejak tahun 1990-an.Dibangunkan berdasarkan pesawat Hawker Siddeley Harrier, pesawat ini berperanan utama sebagai pesawat serangan ringan atau pelbagai peranan, kebiasaannya dioperasikan daripada kapal pengangkut pesawat kecil dan kapal penyerang amfibia. Pelbagai versi pesawat ini digunakan oleh negara-negara NATO, termasuk United Kingdom, Sepanyol, Itali, dan Amerika Syarikat.Pesawat ini dikenali sebagai AV-8B Harrier II dalam perkhidmatan Kor Marin Amerika Syarikat dan Harrier GR7/GR9 dalam perkhidmatan British. Walaupun ia berkongsi angka penandaan yang sama dengan pesawat AV-8A/C Harrier yang terdahulu, AV-8B Harrier II secara ekstensif telah dibangunkan semula oleh McDonnell Douglas. Pesawat AV-8A adalah merupakan pesawat Hawker Siddeley Harrier GR.1A generasi awal yang dibekalkan kepada Kor Marin A.S. Model-model pesawat ini sering kali dipanggil sebagai "Harrier Jump Jet".

Rujukan

WikiPedia: AV-8_Harrier_II http://www.armada.ch/landing-ships-and-helicopter-... http://www.boeing.com/defense-space/military/av8b/... http://www.boeing.com/defense-space/military/av8b/... http://www.boeing.com/news/releases/2000/news_rele... http://edition.cnn.com/2003/WORLD/meast/03/18/sprj... http://www.defenseindustrydaily.com/2005/03/av8b-h... http://www.flightglobal.com/news/articles/farnboro... http://www.rtptv.homestead.com/rtpharrier.html http://uk.reuters.com/article/2009/02/27/fighter-l... http://tradiciondigital.es/2013/02/06/espana-se-qu...