A_Christmas_Carol

A Christmas Carol atau Karol Krismas (atau tajuk penuhnya: A Christmas Carol in Prose, Being a Ghost Story of Christmas - Karol Krismas dalam Prosa, Menjadi Kisah Hantu Krismas) merupakan "buku kecil Krismas" pertama Charles Dickens yang diterbitkan pada 19 Disember,[1] 1843 dan diilustrasikan oleh John Leech. Kisah tersebut berjaya dengan jualan enam ribu naskhah dalam masa seminggu. Pada asalnya, cerita ini dikarang hanya untuk dijual agar dapat membayar hutang Dickens,[2] tetapi cerita tersebut menjadi popular dan bertahan hingga Krismas kini.Malah, ketika itu, kepopularan cerita itu memainkan peranan penting dalam mentakrifkan semula Krismas dan sentimen utama perayaan tersebut. Beberapa pembaca moden menyedari yang A Christmas Carol dikarang ketika tradisi lama Krismas sudah kurang diamalkan. "Jika Krismas, dengan budaya lama dan ramah, amalan kemurahan dan sosial, dalam bahaya, buku inilah yang akan memberikan nafas baru," kata pemuisi Inggeris Thomas Hood dalam pandangannya dalam Hood's Magazine and Comic Review (Januari 1844, muka 68).[3]