Aaron_Ago_Dagang

Datuk Aaron Ago Dagang merupakan ahli politik Malaysia. Beliau kini adalah seoarang Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi kawasan Kanowit di Sarawak, mewakili Parti Rakyat Sarawak (PRS) dari gabungan Barisan Nasional.[1]Sebelum dipilih ke Parlimen Malaysia, Dagang adalah setiausaha politik kepada Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie.[2] Dagang kemudian bertanding bagi kerusi Kanowit Pilihanraya Umum Malaysia 2004 menggantikan Moggie yang tidak bertanding.[3] Selepas pilihanraya, pendaftaran parti Dagang, Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) telah dibatalkan[4] dan beliau menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)[5] dan kemudiannya Parti Rakyat Sarawak (PRS).[6] Beliau mengekalkan kerusi Kanowit di dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008 dengan menang tanpa bertanding.[7]Dagang menerima pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan baginda pada 5 June 2010.[8]

Rujukan

WikiPedia: Aaron_Ago_Dagang http://news.google.com.au/newspapers?id=hUAhAAAAIB... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?... http://www.highbeam.com/doc/1P1-91941183.html http://www.bernama.com.my/berama/state_news/news.p... http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/news.... http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/news.... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/3/... http://www.parlimen.gov.my/index.php?modload=ahlid... http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkh...