Kesinambungan Abang_Long_Fadil

Abang Long Fadl 2 (2017)

Rencana utama: Abang Long Fadil 2

Kesinambungan kedua filem ini telah diumumkan pada 13 November 2015. Abang Long Fadil 2 menjalani penggambaran selama 50 hari bermula 15 November 2015.[17] Syafiq Yusof kembali mengarah dan menulis lakonlayar serta mengendalikan proses suntingan. Bapanya Yusof Haslam berkhidmat sebagai penerbit dengan Najwa Abu Bakar menjadi penerbit bersama bagi pihak Astro Shaw. Zizan Razak menjayakan kembali peranannya sebagai Fadil, manakala Syamsul Yusof yang sebelum ini menjayakan peranan pembantu dalam filem pertama, memegang watak sebagai Insp. Wahab.[18]

AC Mizal, Shuib Sepahtu, Achey Bocey, Wak Doyok dan Tania Hudson menyertai barisan pelakon filem ini. Abang Long Fadil 2 ditayangkan pada 24 Ogos 2017.[19] Pada awal 2018, kesinambungan ketiga filem ini telah diumumkan.[20]

Abang Long Fadil 3 (2020)

Lihat juga: Abang Long Fadil 3

Pada Oktober 2017, filem ketiga telah diumumkan secara rasmi oleh Datuk Yusof Haslam dengan Zizan kekal menjayakan watak utama.[21] Kos pembikinan dianggarkan RM4 juta. Penggambarannya dijangka akan diadakan selepas Aidilfitri 2018 iaitu selepas filem KL Special Force pada 8 Mac 2018.[22][23]

Rujukan

WikiPedia: Abang_Long_Fadil http://www.astroawani.com/berita-hiburan/abang-lon... http://beautifulnara.com/filem-abang-long-fadil-ku... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.gempak.com/artikel/10185/abang-long-fad... http://www.gempak.com/artikel/6317/mungkin-akan-ad... http://www.imdb.com/title/tt3954196/ http://says.com/my/seismik/siap-ada-bumblebee-dala... http://www.tabloidseni.com/#!Filem-%E2%80%98Abang-... http://thevocket.com/9-filem-terbaik-malaysia-bagi... http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Nafasl...