Kontroversi Abang_Long_Fadil_2

Pada 23 Ogos 2017, industri perfileman negara dikejutkan dengan penyebaran rakaman sedutan video filem Abang Long Fadil 2 di internet tanpa kebenaran. Ekoran insiden itu, Datuk Yusof Haslam membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati sebagai langkah untuk memastikan ia tidak berulang.[64] Empat hari selepas tayangan perdananya, filem ini dirompak kali kedua, dan ia dimuatnaik oleh individu tidak bertanggungjawab di laman perkongsian video, YouTube. Ketua Pegawai Eksekutif, Najwa Abu Bakar membuat laporan polis berhubung kes tersebut.[65][66][67] Datuk Yusof dan Najwa menegaskan pihak Skop dan Astro Shaw tidak akan berkompromi berhubung kes berkenaan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.[68] Skop Productions dan Astro Shaw juga telah memaklumkan perkara ini kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan membuat pemantauan berhubung insiden ini.[69]

Rujukan

WikiPedia: Abang_Long_Fadil_2 http://english.astroawani.com/entertainment-news/a... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/abang-lon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/abang-lon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/baru-dua-... http://www.astroawani.com/video-malaysia/abang-lon... http://www.astroawani.com/video-malaysia/abang-lon... http://www.astroawani.com/video-malaysia/astro-sha... http://www.astroawani.com/video-malaysia/lagu-seno... http://www.astroawani.com/video-malaysia/trailer-a... http://www.broframestone.com/2017/08/abang-long-fa...