Abang_Long_Fadil_2

Abang Long Fadil 2 merupakan filem aksi komedi Malaysia 2017 arahan dan lakonlayar oleh Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw.[4][5] Filem ini berdasarkan watak sampingan dari filem KL Gangster dan kesinambungan kepada filem 2014 Abang Long Fadil, juga ditulis dan diarahkan oleh Syafiq.[6][7][8] Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak (Fadil), Syamsul Yusof, AC Mizal, Tania Hudson, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu,[lower-alpha 1] A. Galak dan Mas Khan. Ia mengisahkan Fadil (Zizan Razak) yang telah disalah anggap sebagai seorang pembunuh upahan profesional bernama Tiger. Beliau secara terpaksa ditarik masuk ke dalam kancah kongsi gelap diketuai Taji Samprit (A. Galak) dan anaknya Wak Doyok (Wak Doyok). Tania menjayakan watak sebagai Yana, kekasih Fadil dan juga seorang wartawan ditugaskan untuk meliputi kes Tiger manakala Syamsul sebagai Inspektor Wahab sedang menyiasat kes yang sama.[9][10][11]Penggambaran dijalankan pada November 2015, manakala pasca-penerbitan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.[12] Filem ini ditayangkan pada 24 Ogos 2017 di 130 panggung wayang seluruh negara selama 56 hari.[13][14] Filem ini merupakan kejayaan komersial dan kritikal, memperolehi sebanyak RM17.9 juta keseluruhan,[15] menjadikannya filem Malaysia dengan kutipan tertinggi pada 2017 dan filem Malaysia dengan kutipan tertinggi keseluruhan, mengatasi filem Polis EVO (2015).[16][17] Filem ini merupakan antara filem baharu yang dipertandingkan di Festival Filem Malaysia ke-29 yang berlangsung pada 23 September 2017.[18] Pada Disember 2017, Abang Long Fadil 2 telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 filem tempatan terbaik 2017 oleh Harian Metro.[19]

Abang_Long_Fadil_2

Tempoh tayangan 95 minit
Mula ditayangkan 24 Ogos 2017 (Malaysia, Singapura & Brunei)
Dibintangi oleh
Pecah panggung RM 18.15 juta[2][3]
Berdasarkan KL Gangster oleh
Syamsul Yusof
Pengarah Syafiq Yusof
Syarikatpenerbitan
Pengedar Skop Productions
Astro Shaw
Negara Malaysia
Penerbit Yusof Haslam
Disunting oleh Syafiq Yusof
Sinematografi Rahimi Maidin
Muzik oleh
  • Ken Hor
  • Lo Shi Seng
Perbelanjaan RM 3.2 juta[1]
Bahasa Melayu
Lakon layar oleh Syafiq Yusof

Rujukan

WikiPedia: Abang_Long_Fadil_2 http://english.astroawani.com/entertainment-news/a... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/abang-lon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/abang-lon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/baru-dua-... http://www.astroawani.com/video-malaysia/abang-lon... http://www.astroawani.com/video-malaysia/abang-lon... http://www.astroawani.com/video-malaysia/astro-sha... http://www.astroawani.com/video-malaysia/lagu-seno... http://www.astroawani.com/video-malaysia/trailer-a... http://www.broframestone.com/2017/08/abang-long-fa...