Penerbitan Abang_Long_Fadil_2

Majlis pelancaran filem ini telah diadakan pada 13 November 2015 di Restoran Haslam, Kuala Lumpur. Penggambaran dijalankan dua hari kemudian, iaitu pada 15 November 2015 di sekitar Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang dan Putrajaya serta mengambil masa selama 50 hari, dan berakhir pada 3 Januari 2016.[20] Sebanyak 30% daripada filem ini melibatkan imej janaan komputer (CGI).[21] Zizan kembali menjayakan peranannya sebagai Fadil, untuk filem ini, beliau melakukan aksi lagak ngeri.[22] Ketika penggambaran dijalankan, penerbit Datuk Yusof Haslam bertekak dengan Syafiq ekoran babak pertarungan yang mengambil masa enam hari untuk disiapkan.[23]

Untuk menjadikan Abang Long Fadil 2 lebih realistik, Syafiq memuatkan elemen Hollywood dengan memuatkan babak Transformers seperti dalam filem pertama, Syafiq menjelaskan ia adalah kepuasan sendiri di samping memberi sesuatu yang berbeza untuk penonton.[24] Ketika pra-penerbitan filem ini dijalankan, pelakon Kamal Adli yang memegang watak Adam dalam filem pertama, dilaporkan telah digugurkan daripada membintangi Abang Long Fadil 2 bagi mengelakkan sebarang konflik ketika penggambaran berlangsung. Syafiq berkata: "Saya jelaskan apa yang berlaku bukan kami gugurkan Kamal tetapi kami hanya kekalkan Zizan seorang sahaja dalam filem itu. Manakala pelakon-pelakon lain kesemuanya adalah pelakon baharu atau yang tidak pernah ada dalam filem pertama sebelum ini,".[25] Bapa Syafiq, Yusof Haslam membuat penampilan khas.[lower-alpha 4] Manakala abangnya, Syamsul Yusof yang sebelum ini menjayakan filem pertama dengan melakonkan tiga watak dari tiga filem arahannya, memegang watak sebagai Inspektor Wahab bersama Shuib Sepahtu yang memegang watak Inspektor Shuib. A. Galak yang sebelum ini memegang watak Taji Samprit dalam filem Bayangan Maut (1991), kembali menjayakan peranannya dalam filem ini.

AC Mizal yang kali terakhir berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie II (2002) terbitan Skop Productions, memegang watak sebagai Kingkong dan Cobra. Abang Long Fadil 2 merupakan filem ketiganya bersama Skop dan filem pertama lakonannya dalam tempoh 10 tahun.[26] Ikon fesyen terkenal, Wak Doyok menjayakan watak dirinya sendiri, sebagai anak kepada Taji Samprit lakonan A. Galak.[27][28] Poster filem ini direkabentuk oleh Kukubesi yang sebelum ini merekabentuk poster untuk filem Mat Moto dan Desolasi, kedua-duanya juga arahan Syafiq.

Rujukan

WikiPedia: Abang_Long_Fadil_2 http://english.astroawani.com/entertainment-news/a... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/abang-lon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/abang-lon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/baru-dua-... http://www.astroawani.com/video-malaysia/abang-lon... http://www.astroawani.com/video-malaysia/abang-lon... http://www.astroawani.com/video-malaysia/astro-sha... http://www.astroawani.com/video-malaysia/lagu-seno... http://www.astroawani.com/video-malaysia/trailer-a... http://www.broframestone.com/2017/08/abang-long-fa...