Menu
Abd Hamid Abd Rahman KontroversiPada 19 Julai 2011, Ketua Pembangkang Johor Dr Boo Cheng Hau hari ini mempersoalkan integriti pengerusi Jawatankuasa Kira-kira (PAC) negeri itu Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman yang didakwa membina sebuah banglo di Simpang Renggam tanpa kelulusan pihak majlis tempatan. Boo mendakwa rumah Abdul Hamid terletak di lot tanah seluas 2.16 hektar yang bernilai RM280,000 dan menjangkakan bangunan banglo itu apabila siap kelak akan menelan belanja bernilai di antara RM1.5 juta hingga RM2.5 juta.
Ini dinafikan oleh beliau dan berkata Boo yang juga ADUN Skudai itu cuba menepis isu sebenar yang dirinya diperintah keluar dari dewan undangan negeri baru-baru ini kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.Hamid mengakui tapak tanah di mana banglonya didirikan itu adalah tanah miliknya yang diklasifikasikan sebagai tanah pertanian tetapi beliau memohon untuk permit sebelum pilihan raya 2008 tetapi beliau menghentikan projek itu disebabkan pihak majlis tempatan belum meluluskannya.[1]
Menu
Abd Hamid Abd Rahman KontroversiBerkaitan
Abdullah bin Ahmad Badawi Abdul Hadi Awang Abdul Taib Mahmud Abdul Razak Hussein Abdul Ghafar bin Baba Abdul Zamin bin Abdul Kadir Abdul Khalid Ibrahim Abdul Somad Abdurrahman Wahid Abdul Rahman Ya'kubRujukan
WikiPedia: Abd Hamid Abd Rahman http://www.malaysiakini.com/news/170412