Abd_Aziz_Abd_Latif

Mejer Abd Aziz Abd Latif adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Kampung Pak Badol, Bachok, Kelantan. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 2 Oktober 1994 di atas keberaniannya semasa pertempuran ketika terlibat dalam misi menyelamat 70 orang US Rangers dan lima orang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat yang dikepung di kawasan Pasar Bakara oleh Militia Farah Aideed.Pada 4 Okt 1993 Mejer Abd Aziz telah terlibat dalam misi menyelamat 70 orang US Rangers dan lima orang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat yang dikepung di kawasan Bakara Market oleh Militia Farah Aideed. Sebagai Ketua Kompeni, Mej Aziz dengan beraninya turun dari kenderaan untuk menyelamat anggota yang cedera sambil memberikan kata-kata semangat untuk mereka terus membalas tembakan musuh.Misi menyelamat ini dilaksanakan dengan cemerlang oleh anggota MALBAT walaupun seorang anggota terkorban dan sembilan anggota tercedera serta kerosakan empat buah Kereta Perisai Pengangkut Anggota (KPPA) Radpanzer Condor akibat ditembak dengan senjata anti kereta kebal, RPG7. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 2 Okt 1994.