Politik Abdul Rahman Bakar

Beliau berhenti dari jawatan guru dan bertanding di Parlimen Marang, Terengganu pada 1986.Kemenangan beliau menyebabkan beliau diangkat sebagai 'giant killer' oleh YAB Tun Dr Mahathir (Perdana Menteri)[perlu rujukan] kerana berjaya mengalahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dua kali iaitu 1986 dan 2004. Kejayaan beliau sebagai giant killer telah mencetuskan kebimbangan ramai ahli politik Terengganu. Oleh itu nama beliau sentiasa timbul dan tenggelam. Beliau tidak bertanding pada 1999, 2008, 2013 dan 2018. Pada 1986 Hadi Awang kalah di Marang tetapi menang di DUN Rhu Rendang.


Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, nama beliau tidak tersenarai sebagai calon. Menteri Besar Terengganu ketika itu ialah Datuk Idris Jusoh, tokoh yang berjaya merampas kerajaan negeri Terengganu dari PAS - pimpinan Abdul Hadi Awang. Pada hal ketika itu, Abdul Rahman Bakar, memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dan merupakan Ketua UMNO Bahagian Marang. Setiausaha Politik MB Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir terpilih sebagai calon BN/UMNO di Parlimen Marang tetapi tewas kepada Abdul Hadi Awang.[2]

Dalam Pilihanraya umum Malaysia 2013, nama beliau sekali lagi tidak tersenarai yang menyebabkan calon BN pada ketika itu iaitu Datuk Yahya Khatib telah tewas kepada Abdul Hadi Awang. Dan dalam Pilihanraya umum Malaysia 2018, Tuan Hj Mohammad Nor bin Endut terpilih menjadi calon Barisan Nasional yang merupakan pegawai khas kepada Abdul Rahman Bakar semasa menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia, namun tetap tewas kepada Abdul Hadi Awang (Presiden PAS).

Maka sehingga kini tiada lagi calon yang pernah berjaya menumpaskan Abdul Hadi Awang kecuali Dato' Sri Hj Abdul Rahman Bakar yang sehingga kini digelar sebagai "Giant Killer".