Abdul_Halim_Ali

Dr. Abdul Halim Ali atau nama penanya A. Halim Ali berkelulusan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Kesusasteraan Melayu Moden berasal dari Merchang, Terengganu. Beliau bertugas sebagai Profesor Madya Kesusasteraan Melayu di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Sebelum menjadi pensyarah beliau pernah bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah menengah di Sarawak, Terengganu dan Pahang.Beliau banyak menghasilkan karya ilmiah dan kreatif serta terlibat dalam penyuntingan buku-buku umum. Selain itu aktif dalam pembentangan kertas kerja dalam pelbagai seminar di pelbagai peringkat. Beliau juga terlibat dalam aktiviti pembacaan puisi, mengendalikan bengkel penulisan puisi, Fasilitator motivasi, Fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya DBP untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN.Sepanjang penglibatannya dalam pentadbiran, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Sekretariat Kursi Za’ba, UPSI (2001-2002, Penyelaras Program Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (Sept 2001- Okt 2002), Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu (Nov 2002-Okt 2003) dan Timbalan Dekan Pengurusan dan Penyelidikan, Fakulti Bahasa (Sept 2003-Sept 2005), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Felo Institut Peradaban Melayu (2007-2009), Pangarah Pusat Perhubungan Alumni, UPSI (2011-2017 dan Pengarah Pusat Ulu Albab UPSI (2019- kini). Selain tugas rasmi sebagai pensyarah, Abdul Halim juga merupakan Presiden Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN), Presiden Rangkaian Ahli Akademik & Profesional Anak Terengganu (PERAPAT) Malaysia, Ahli Jawatankuasa Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Sasterawan NUMERA Malaysia.