Abdul_Hamid_Othman

Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman (21 Julai 1939 – 23 Disember 2011) ialah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau dilantik pada 2001 sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri ketika itu iaitu Dr Mahathir dan kemudian sebagai Penasihat Agama kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009. Beberapa pihak mengiktiraf beliau sebagai ulama dari UMNO dan membuat ucapan penggulungan semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Abdul_Hamid_Othman

Lahir 21 Julai 1939
Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah
Pasangan Puan Sri Jamilah Mohd Said
Anak-anak Wafi Nazrin Abdul Hamid
Meninggal dunia 23 Disember 2011(2011-12-23) (umur 72)