Abdul_Hamid_Zainal_Abidin
Abdul_Hamid_Zainal_Abidin

Abdul_Hamid_Zainal_Abidin

Allahyarham Brigadier Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Ngah @ Hj. Zainal Abidin (20 Februari 1944 - 30 Disember 2014) merupakan pengerusi MARA dari 16 Julai 2004 hingga 2009. Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Parit Buntar dan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Beliau dan Dr. Zakir Abdul Karim dari India dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435/2013M. Anugerah itu disampaikan pada 5 November 2013 di Putrajaya. Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menyampaikan anugerah tersebut. [1]

Abdul_Hamid_Zainal_Abidin

Lahir Abdul Hamid bin Ngah @ Hj. Zainal Abidin
(1944-02-20)20 Februari 1944
Bagan Datoh, Perak, Malaya British (kini Malaysia)
Pekerjaan Pengerusi MARA
Didahului oleh Hasan Mohd Ali
Digantikan oleh Mujahid Yusof Rawa
Pasangan Puan Sri Latifah Abdullah (63 tahun)
Parti politik BN / UMNO
Anak-anak 11
Sebab kematian Serangan jantung, sesak nafas
Meninggal dunia 30 Disember 2014(2014-12-30) (umur 70)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
Pendidikan Sekolah Melayu Kampung Tanah Lalang, Bagan Datoh
Kediaman Bandar Tun Hussein Onn