Abdul_Kadir_Nordin

Mej Jen (B) Dato' Abdul Kadir Nordin adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Kelantan, Malaysia. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 8 Jun 1966 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pengganas komunis di kawasan Kota Tinggi.Pada 1965 semasa OP OAK TREE yang dilaksanakan di Kota Tinggi, Lt M Abdul Kadir diarahkan untuk menawan musuh yang berkumpul di sebuah rumah kongsi. Beliau bersama-sama platunnya bergerak ke lokasi musuh pada sebelah malam untuk mengepung rumah kongsi tersebut dengan dua kumpulan penyekat dan satu kumpulan serangan. Serangan tersebut sepatutnya dimulakan dengan tembakan pistol suaran tetapi tidak berlaku kerana peluru yang ditembak tidak meletup. Dengan beranggapan kedua-dua kumpulan penyekatnya berada dalam kedudukan, Lt M Kadir meluru ke rumah kongsi tersebut dan mengarahkan musuh yang berada di dalam rumah itu keluar menyerah diri. Tindakan yang berani itu mengejutkan musuh dan seramai sembilan orang menyerah diri. Ketika mengawasi musuh keluar dari rumah tersebut barulah Lt M Kadir sedar bahawa hanya beliau dan seorang anggotanya sahaja yang menyerbu ke rumah kongsi manakala anggotanya yang lain masih belum mengambil kedudukan menyekat. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 8 Jun 1966.

Abdul_Kadir_Nordin

Pekerjaan Army - Kapten
Majikan Tentera Darat Malaysia
Terkenal kerana Penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa
Warganegara  Malaysia
Kampung asal Kelantan
Kelahiran Abdul Kadir Nordin
Kelantan
Gelaran Mej Jen (B) Dato'
Kediaman Malaysia