Abdul_Qadir_Jailani

‘Abd al-Qadir al-Jilani ibn Salih ibn Jangidost, (Bahasa Parsi: عبد القادر گیلانی‎ Abdolɢāder Gilāni) (juga dieja Abdulqadir Gaylani, Abdelkader, Abdul Qadir, Abdul Khadir - Jailani, Jilani, Jeelani, Jilali, Gailani, Gillani, Gilani, Al Gilani) (470–561 H. / 1077–1166 M.) adalah sheikh pendakwah sufi mazhab Hanbali keturunan Parsi.[1] dan pemimpin mazahab Sufi Qadiri. Dia dilahirkan pada 1 Ramadan pada 470 H., 1078 M., di daerah Gilan, Parsi (Iran) selatan Laut Caspian. Disebabkan bahasa Parsi tidak memiliki huruf fonetik "G" dalam tulisan Arab, namanya juga direkodkan sebagai Kilani dan Jilani dalam manuskrip Arab.Gilani tergolong dalam rangkaian kerohanian Junayd Baghdadi. Sumbangannya kepada pemikiran Dunia Muslim memberikannya gelaran Muhiyuddin (harafiah. "Pembangkit semula keyakinan"), kerana dia bersama muridnya dan rakan sejawat meletakkan batu asas bagi masyarakat yang kemudiannya menghasilkan ulama seperti Nuruddin Zengi dan Salahuddin al-Ayyubi. Golongan Sufi yang dinamakan sempena namanya dipercayai yang tertua dan yang terawal dikalangan golongan sedemikian.