Abdul_Rahim_Mohd_Noor

Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor (lahir 6 Jun 1943) ialah Ketua Polis Negara Malaysia yang kelima dan berkhidmat dari 16 Januari 1994 sehingga 7 Januari 1999. Dilahirkan di Serkam, Melaka, Abdul Rahim menjadi Ketua Polis Negeri Selangor pada 21 Julai 1984 dan Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Jun 1989. Beliau meletakkan jawatan Ketua Polis Negara pada 7 Januari 1999 kerana memukul bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan matanya tertutup pada 20 September 1998 ketika berada dalam tahanan polis di lokap polis Bukit Aman.[1]Abdul Rahim telah dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Mac 2000.[1] Rayuannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 2000 dan hukuman penjara dua bulan dikekalkan.[2]