Abdul_Rahman_Khamis

Mejer Jeneral (B) Abdul Rahman Khamis adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Alor Gajah, Melaka. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 31 Ogos 1958 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pengganas komunis.Pada 8 Jul 1957, berdasarkan maklumat dari seorang pengganas komunis yang menyerah diri pihak tentera mengarahkan Lt Abd rahman bagi memimpin Platun 11 Kompeni C, 6 RAMD untuk menjejaki perkhemahan musuh. Hasil penjejakan tersebut, kedudukan musuh dapat dikesan di sebuah kawasan lembah. Beliau membahagikan platunnya kepada tiga kumpulan kecil untuk melaksanakan serang hendap ke atas pekhemahan tersebut. Setelah mengatur kedudukan, mereka menunggu di lorong yang akan dilalui oleh pengganas untuk kembali ke khemah mereka. Pada jam 1445, seorang pengganas lelaki dan wanita mula memasuki perkhemahan itu. Lt Abdul Rahman mengekori mereka dan dalam jarak 25 ela, beliau menembak dan membunuh pengganas lelaki serta mencederakan pengganas wanita. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 31 Ogos 1958.