Abdul_Zamin_bin_Abdul_Kadir

Abdul Zamin bin Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Joe Wings @ Jo Branko merupakan seorang pemain gitar utama tangan kiri kumpulan Scandals, Wings, penerbit album, pemuzik undangan, pencipta lagu, penulis lirik, pengarah muzik, juri, pelakon dan penyanyi di Malaysia. Beliau pernah menyertai Scandals dan kemudiannya Kumpulan Wings. Setelah 28 tahun bersama Wings kini Joe menubuhkan kumpulan terbaharunya iaitu Prime Domestic.[1]

Abdul_Zamin_bin_Abdul_Kadir

Berasal dari Muar, Johor
Malaysia
Pekerjaan Pemuzik, Komposer, Penerbit Album, Pelakon, Penyanyi
Nama lahir Abdul Zamin bin Abdul Kadir
Pengkarya berkait Wings
Instrumen Gitar
Juga dikenali sebagai Joe Wings
Syarikat rakaman Anggerik Menawan Sdn Bhd
Kelahiran (1969-10-08) 8 Oktober 1969 (umurĀ 50)
Genre Rock
Tahun aktif 1986 hingga kini