Abdullah_II_ibn_Al-Hussein
Abdullah_II_ibn_Al-Hussein

Abdullah_II_ibn_Al-Hussein

YMM Permaisuri NoorYTM Puteri MunaYTM Putera Muhammad
YTM Puteri TaghridYTM Puteri FiryalYTM Putera Hassan
YTM Puteri SarvathYTM Puteri BasmaYTM Putera Ali
YTM Puteri ReemaYTM Putera Asem
YTM Puteri SanaYTM Puteri NaifehKebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II ibn Al-Hussein (Bahasa Arab: عبدالله الثاني بن الحسين‎, ʿAbdullah al-thani bin Al-Husayn, diputerakan 30 Januari 1962) telah diangkat sebagai Raja Jordan sejak tahun 1999. Baginda tergolong dalam kerabat bani Hashim, yang telah memerintah Jordan sejak tahun 1921 dan mendakwa keturunan agnatik dari puteri Nabi Muhammad SAW, Fatimah al-Zahra.Raja Abdullah diputerakan di Amman sebagai paduka anakanda sulung Raja Hussein dengan suri kedua baginda, Puteri Muna yang kelahiran British. Sebagai paduka putera sulung Raja, Abdullah merupakan pewaris dah sehingga Raja Hussein memindah gelaran tersebut kepada paduka ayahanda saudara Abdullah, Putera Hassan, pada tahun 1965. Abdullah memulakan persekolahannya di Amman, melanjutkan pendidikan di luar negara. Baginda memulakan kerjaya tenteranya pada tahun 1980 sebagai seorang pegawai latihan di Angkatan Tentera Jordana, kemudian memegang arahan Pasukan Khas negara pada tahun 1994, dan baginda menjadi mejar jeneral pada tahun 1998. Pada tahun 1993 Abdullah mengahwini Rania Al-Yassin (keturunan Palestin), dan baginda berdua dikurniakan empat orang anakanda: Putera Mahkota Hussein, Puteri Iman, Puteri Salma dan Putera Hashem. Beberapa minggu sebelum kemangkatan paduka ayahandanya pada tahun 1999, Raja Hussein menamakan Abdullah sebagai pewaris, dan Abdullah menggantikan paduka ayahandanya.Raja Abdullah, seorang raja berperlembagaan, melonggarkan ekonomi apabila baginda naik takhta, dan pembaharuan baginda membawa kepada kepesatan ekonomi yang bersambung sehingga tahun 2008. Semasa tahun-tahun berikutnya ekonomi Jordan mengalami kesukaran kerana menghadapi kesan krisis ekonomi 2008 dan limpahan daripada kebangkitan dunia Arab, termasuk potongan bekalan petroleum supply and the collapse of trade with neighboring countries. Pada tahun 2011, bantahan berskala besar menuntut pembaharuan terletus di dunia Arab. Banyak bantahan yang membawa kepada perang saudara di negara lain, namun Raja Abdullah bertindak dengan cepat terhadap pergolakan tempatan dengan menggantikan kerajaan dan memperkenalkan pembaharuan kepada perlembagaan dan undang-undang mengawal kebebasan awam dan pilihan raya. Perwakilan berkadar diperkenalkan ke parlimen Jordan dalam pilihan raya umum 2016, suatu langkah yang baginda titah akan akhirnya membawa kepada tertubuhnya kerajaan berparlimen. Pembaharuan ini berlaku di tengah-tengah cabaran yang tidak pernah berlaku dahulu berpunca daripada ketidakstabilan rantau, termasuk kemasukan including 1.4 juta pelarian Syria dengan banyaknya ke negara yang kekurangan sumber semula jadi dan kemunculan Negara Islam Iraq dan Syam (DAESH).Raja Abdullah terkenal dalam negara dan luar negara kerana mengekalkan kestabilan Jordan, dan dikenali kerana menggalakkan dialog antara agama dan pemahaman sederhana agama Islam. Pemimpin Arab ketiga yang paling lama memerintah, baginda dianggap oleh Pusat Pengajian Strategi Islam Diraja sebagai orang Islam yang paling berpengaruh di dunia pada tahun 2016.[1] Raja Abdullah ialah penjaga tapak suci Islam dan Kristian di Baitulmuqaddis, satu jawatan yang dipegang oleh dinasti baginda sejak tahun 1924.[2]

Abdullah_II_ibn_Al-Hussein

Pewaris dah Putera Mahkota Hussein
Ayahanda Hussein dari Jordan
Pemerintahan 7 Februari 1999 – kini
Didahului oleh Hussein
Tandatangan
Pasangan Rania Al-Abdullah (née Rania Al-Yassin) (k. 1993)
Bonda Muna Al-Hussein
Agama Islam
Kerabat Bani Hashim
Nama penuh
Nama penuh
Abdullah bin Hussein bin Talal bin Abdullah
AnakandaButiran Putera Mahkota Hussein
Puteri Iman
Puteri Salma
Putera Hashem
Kemahkotaan 9 Jun 1999
Keputeraan (1962-01-30) 30 Januari 1962 (umur 58)
Amman, Jordan
Perdana Menteri