Abdullah_bin_Ahmad_Badawi
Abdullah_bin_Ahmad_Badawi

Abdullah_bin_Ahmad_Badawi

Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (Tulisan Jawi: عبدالله بن حاج احمد بادوي; lahir 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1]Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Abdullah_bin_Ahmad_Badawi

Lahir Abdullah bin Ahmad Badawi
(1939-11-26) 26 November 1939 (umur 80)
Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
Raja Tuanku Ja'afar (1994 - 1999)
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (1999 - 2001)
Tuanku Syed Sirajuddin (2001 - 2006)
Timbalan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2004-2009)
Pekerjaan Menteri
Didahului oleh Shekih Hamid
Alma mater Universiti Malaya
Digantikan oleh Mohd Baharuddin Bahrain
Pasangan Tun Endon Mahmood Ambak (k. 1965; m. 2005)
Tun Jeanne Abdullah (k. 2007)
Hubungan Khairy Jamaluddin (Menantu)
Profesion Ahli Politik
Parti politik Parti Perikatan
UMNO
Barisan Nasional
UMNO
Bapa Haji Ahmad Badawi Sheikh Abdullah Fahim
Anak-anak Nori Abdullah
Kamaluddin Abdullah
Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Islam
Saudara Ibrahim Abdullah Fahim (Adik)
Mohd Tahir Ahmad Badawi (Adik)
Aminah Ahmad Badawi (Adik)
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Ibu Datuk Kailan Haji Hassan Kwantung

Rujukan

WikiPedia: Abdullah_bin_Ahmad_Badawi http://radaris.asia/p/Su/Chiang/ http://anwaribrahimblog.com/2008/01/29/daya-saing-... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/99/0122/cs... http://www.malaysiakini.com/news/130661 http://www.malaysiakini.com/news/130664 http://www.malaysiakini.com/news/74591 http://pgoh13.com/pm_chinese.html http://comment.straitstimes.com/showthread.php?t=1...