Abdullah_bin_Ubai

Abdullah bin Ubai atau 'Abd-Allah ibn Ubayy' (Arabic: عبد الله بن أبي بن سلول‎, meninggal dunia 631), juga digelar 'ibn Salul' yang merujuk kepada keturunan ibunya, adalah ketua bani Arab, Bani Khazraj yang tinggal di Madinah/Yathrib.Semasa Nabi Muhammad berhijrah dan sampai di Madinah, Ibn Ubayy turut mengaku sebagai seorang Muslim tetapi ramai mempertikaikannya. Atas beberapa kontroversi dengan Muhammad, sejarawan Islam melabelkan beliau sebagai Munafik dan "ketua Munafiqun".[1]