Kehidupannya Abdullah_ibn_Mas'ud

Pada masa remajanya Abdullah merupakan seorang penggembala kambing. Setelah kejujurannya dikenalpasti oleh Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar, Abdullah menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai pembantu peribadi baginda.

Ketika menuntut ilmu, Abdullah amat tekun sehingga baginda bersabda dalam hadithnya yang bermaksudĀ :

"Pelajarilah Al-Quran daripada empat orang ini iaitu Abdullah ibn Mas'ud, Salim Maula Abi Huzaifah, Ubay ibn Ka'ab dan Muaz ibn Jabal".