Abdur_Rahman_ibn_Auf
Abdur_Rahman_ibn_Auf

Abdur_Rahman_ibn_Auf

Abdul Rahman ibn Auf (Bahasa Arab: عبد الرحمن بن عوف‎) atau nama sebenar beliau Abu Amr merupakan seorang sahabat Nabi. Beliau telah menggunakan nama Abdul Rahman selepas memeluk Islam, dua hari selepas Abu Bakar memeluk Islam.Beliau berasal daripada keturunan Bani Zuhrah. Beliau lahir pada tahun 580 Masihi di Makkah iaitu sepuluh tahun selepas Tahun Gajah. Beliau memeluk Islam melalui saidina Abu Bakar r.a. Beliau wafat pada tahun 32 Hijrah bersamaan tahun 654 Masihi ketika berumur 74 tahun.