Abe_Shinzo
Abe_Shinzo

Abe_Shinzo

Abe Shinzō (安倍 晋三, Abe Shinzō, lahir 21 September 1954) merupakan Perdana Menteri Jepun yang terkini. Beliau terpilih menjadi Perdana Menteri Jepun oleh satu sesi khas Diet Kebangsaan pada 26 September 2006. Beliau adalah perdana menteri Jepun pertama yang lahir selepas Perang Dunia Kedua.[1]Shinzo dilahirkan dalam keluarga yang begitu bergiat dalam politik, dan beliau sendiri belajar dalam jurusan sains politik di Jepun dan di Amerika Syarikat. Beliau bekerja di sektor swasta sehingga tahun 1982 di mana beliau menyertai sektor awam. Pada 1993 beliau memenangi pilihan raya di Wilayah Yamaguchi seterusnya menjadi wakil di kawasan berkenaan di bawah pemerintahan Yoshiro Mori dan Jonichiro Koizumi dan menjadi Ketua Setiausaha dalam kabinet Perdana Menteri yang kedua ini.Namanya memuncak kerana isu senjata nuklear di Pyonbyon di Korea Utara. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertanding jawatan presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) dan kemudiannya jawatan Perdana Menteri Jepun. Beliau juga dijangka memulihkan hubungan dengan China yang sebelum ini cukup tegang kerana China mengecam setiap kunjungan Perdana Menteri Jepun ke kuil Yasukuni.

Rujukan

WikiPedia: Abe_Shinzo http://www.cbc.ca/world/story/2007/09/12/japan-pm-... http://www.japanprobe.com/2008/01/12/why-did-prime... http://www.newsfeeds24.com/?s=Shinzo+Abe http://asia.nikkei.com/Politics-Economy/Policy-Pol... http://www.usc.edu/dept/pubrel/trojan_family/winte... http://www.kantei.go.jp/foreign/index-e.html http://newleader.s-abe.or.jp/ http://tokyo.s-abe.or.jp/profile_in_english.html http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/6990519.st... https://www.nytimes.com/2012/12/27/world/asia/shin...