Abhishek_Bachchan
Abhishek_Bachchan

Abhishek_Bachchan

Abhishek Bachchan (Bahasa Hindi: अभिषेक बच्चन, lahir 5 Februari 1976) merupakan seorang pelakon dan penerbit filem India. Beliau ialah anak kepada Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan dan berkahwin dengan pelakon dan bekas Miss World Aishwarya Rai.Abhishek bersekolah di Sekolah Jamnabai Narsee, Sekolah Scotland Bombay di Mumbai, Sekolah Moden di Vasant Vihar, New Delhi dan Kolej Aiglon. Beliau kemudiannya pergi ke Amerika Syarikat untuk menamatkan pengajiannya di Universiti Boston. Abhishek mula menceburi dalam bidang lakonan pada tahun 2000 dan mencapai kemasyuran pada tahun 2004.[1][2]